AbOuT Me...

Assalammualaikum…disini kite akan menceritakan serba sedikit tentang diriku. Name kite Azlinda Binti Azman. Dilahirkan pada tanggal 17 Mac 1990 di Hospital Besar Melaka. Kite adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik. ALL GURLZZ !!! hehee. Tanggungjawab besar oo..sebagai anak sulung nie..(‘’,). Ayahandaku bernama Azman Bin Katan, 46 thn. Unik sikit name datuk kite, alaaaa…. biasela tue orang dulu2 nyer name kan unik2 n pelik2…tp jgn mempersendakan yup!! Babap nti!!! Ayah kite nie berkerja swasta di Ayer Keroh. Ayah kite nie nak kata garang tak lar jugak tapi lau da mengamuk. Aduh!! Cabot lari nyorok lam bilik.hehee. Just joke!! Beliau seorang yang prihatin terhadap anak2nya serta gemar berjenaka law da mse terluang bersama ngan anak2nya. Manakala ibundaku pula Azarah Binti Md. Yunos, 42 thn adalah seorang suri rumah tapi tak sepenuh mase lar.hehee coz ibuku membantu kakaknya mengambil upah menjahit baju. Sedikit sebanyak kite taw la jugak menjahit baju…stakat baju kurung ja lar..huhu. Ibundaku seorang yang peka terhadap anak-anaknya. So caring!!! Ok…mengenai adik2ku pula, walaupun smenyer gurlz tak semestinya kiteorang nie tak lasak…erm.. adik kite yang second atau lebih dikenali sebagai Angah,16 thn . Tapi kite lebih suke pgl dier adik@ budak angin. Nape pgl dier budak angin coz….biarlar rahsia..=P .Dier nie kat sek antara pengawas yang digeruni n tak bez2 dengan Kadet Bombanya tue…manakala adikku yang third, Dik Fia,10 thn n last ckali, Dik Nor, 9 thn heboh dengan teakwandonya. Nampak jew dieorang nie kecik.. ckali ble da start “hiiiyak n woocca”…leh tahan takut gak .huuhuu. Lastly…Kite nie berasal daripada keluarga yang sederhana sahaja. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah…kehidupan kami sekeluarga bahagia.
(‘_’)I LOVE MY FAMILY VERY MUCH.(‘_’)



PENCAPAIAN semasa SK n SMK.
Ketua Darjah (1997)
Penolong Ketua Darjah (1999-2000)
Pengawas sekolah (2001-2002)
Peringkat Negeri Pertandingan Boria (2001)
Pertandingan Melukis Poster Sambutan Hari Jantung

Dunia Peringkat Kebangsaan (2001)
Anjung Seniman Muda Peringkat Negeri(2002)
Pertandingan Mengarang Esei dan Melukis Poster Kepenggunaan peringkat Kebangsaan(2003)
Pertandingan Melukis Kategori Sekolah Menengah Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) peringkat Negeri. (2004)
Pengawas Sekolah (2004-2005)
Motivasi Kecemelangan Pelajar Puteri Peringkat Negeri Melaka.(2005)
Pekemahan Jati Diri Peringkat Sekolah (2005)
Perkemahan PPIM Peringkat Negeri Melaka (2006)
Pengerusi Kelab Usahawan (2007)
Pengawas Sekolah (Bendahari, Ketua Biro, Ketua Unit) (2006-2007)
Setiausaha Puteri Islam & Rumah Hang Tuah (2006-2007)

PENCAPAIAN kat KUIM…

Johan petanque antara fakulti (2008)
Naib Johan petanque antara fakulti (2009)
Perkhemahan PSSGM (2009)
Kuim Idol..hehee (23/7/2009)

KeluArGa BahAgiA..('',)

Mari Bergambar yuh...

Mari Bergambar yuh...
smilezzz(''.)

CiNtA & PeRsAhAbATaN

Antara CINTA dan PERSAHABATAN
Andainya aku diberi pilihan diantara kedua-duanya akanku pilih kedua-duanya kerana bagiku ia sama erti keduanya dalam hidupku.
CINTA
Satu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya kerana disebalik cinta itu tersirat seribu kepahitan pastinya merentap kedamaian jiwa seorang pecinta setia tatkala diundang kekecewaan.
Namun tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan.Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini tak terungkai dengan bicara bibir, tak tergambar dengan lakonan. Begitu syahdunya kurniaan ILLAHI. Lahirnya dari hati seorang insan berakal, beremosi dan penyayang.
PERSAHABATAN
Satu ikatan yang lahir dari hati,keinginan yang ikhlas bagi berkongsi tawa,tangis,kasih-sayang dan keakraban.Ssesungguhnya sahabat tempat berbicara setulusnya tentang impian dan pengertian hidup ini.
PERSAHABATAN yang SUCI MURNI
Adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran, diwarnai dengan keikhlasan, dicurahi dengan kasih sejati, sekiranya menjadi gunting dalam lipatan maka robohlah keluhuran sebuah persahabatan.
Teman yang budiman mengertilah maksudku ini, sesungguhnya yang tersimpul di hati kecilku ini sejak perkenalan kita.
Kita bina tugu persahabatan yang dipagari besi kedewasaan yang teguh berdiri megah di laman hati kita tak tumbang dek rintangan hanya satu pintaku agar dikau sentiasa mengingatiku begitu juga aku.

TULUS IKHLAS:…SAHABAT

sWeet MeMoRy TiMe Sek Lue...

sWeet MeMoRy TiMe Sek Lue...
Gurlz n boyz 4 Sains...

Hepie...

Hepie...
Gurlzz 4 Sains yang cutez2. bersama ngan Teacher Hana n Ila yang cun(''.)

_ Sport Day_

_ Sport Day_
wajah ceria pas dapat adiah.hehe. yang berbaju biru 2 Mas't (olahragawati sek), disebelahnyer 2.ehem2 kite lar Alynn..n my best frenz Hajar...kami dari rumah sukan Hang Tuah (blue colour)!

Friendship For Ever..

Friendship For Ever..
so swiiiit.('',)

RenuNgAn BerSaMa...


_Memori Persahabatan_

Tercipta sebuah memori lalu
Kisah suka dan duka persahabatan
Dalam mengejar impian dan cita-cita
Menuntut ilmu dan pengalaman


Wahai temanku dengarlah ini
Kita bersama menimba ilmu

Bersama rakan , taulan dan guru
Tawa riamu ,menghiburkan hatiku
INDAHNYA SUASANA KETIKA ITU
TERJALIN UKHWAH SEJATI

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan…



Me…_Lin(‘’,)
Azlinda Binti Azman
17 Mac 1990

-KTIM-

Luvly Friend_Finas
Noor Safinas Binti Sopa
1 September 1990

-UM-

Nice Person_Aus
Syed Mohammad Firdaus
Bin
Syed Abdul Rahman
18 Ogos 1990
-KTIM-


Lucky Girl_Hajar
Siti Hajar Binti Azhari
21 Jun 1990

-UITM-
….Sweet memory…



***BUAT SAHABAT***

Tak terasa dia pergi
Tapi sayu bila dia tak kambali
Mencarinya dengan hati yang suci lebih indah
daripada memiliki tapi tak menghargai
Dia datang tanpa seruan
Dia pergi tanpa alasan
Kejarlah ia sebelum ia jauh dari pandangan
Kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan…

>Alin 900317<


Wahai saudari
Hiasi diri dengan sifat suka bertolak ansur
dan sentiasa bermanis muka ,
cuba jangan tinggal sembahyang lagi ,
cuba didik diri menjadi orang yang lemah membut
dan menjaga diri
serta maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam itu indah dan cantik
Kerana indah dan cantiknya akhlak
Yang menghiasi peribadi
Wanita Muslimah…

Ingatilah bahawa
Seorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang
melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh
entah bagaimana dalam perjalanan
kehidupan,
kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat…



_Lin_



('',)

_DAripAdA Nabi_

© Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
© Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
© Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
© Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
© Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
© Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
© Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
© Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
© Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
© Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
© Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
© Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
© Amalkan solat tahajud
© Sentiasa tenang dan bersikap positif
© Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
© Maafkan semua orang sebelum tidur.

NOUR EL AIN

My darling glow in my eyes
who lives in my fantasies
I’ve adored you for years
No one else is in my mind

My darling glow in my eyes
who lives in my fantasies
I’ve adored you for years
No one else is in my mind

My darling, my darling,my darling
Glow in my eyes
My darling, my darling,my darling
Glow in my eyes
My darling, my darling,my darling
Glow in my eyes
Who lives in my fantasies

The prettiest eyes possible
I have seen
God be with you
Because of their magic (2x)

Your eyes are with me
Your eyes are enough
Your eyes are with me
Your eyes are enough
They light up my nights

My darling, my darling,my darling
Glow in my eyes
My darling, my darling,my darling
Glow in my eyes
My darling, my darling,my darling
Glow in my eyes
Who lives in my fantasies

My darling glow in my eyes
who lives in my fantasies
I’ve adored you for years
No one else is in my mind

Your heart called me and said
That you love me
God be with you
You reassured me (2x)

You have beginning
And the whole story
You have beginning
And the whole story
I’ll be with you to the end.

My darling, my darling,my darling
Glow in my eyes
My darling, my darling,my darling
Glow in my eyes
My darling, my darling,my darling
Glow in my eyes
My darling, my darling,my darling
Glow in my eyes
My darling, my darling,my darling


My darling, my darling,my darling
My darling, my darling,my darling


('',)

* CiNtA*

Suatu masa kita akan brertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang di namakan CINTA. Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kits tinggalkan. Tapi ingatlah melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal siatu kehidupan baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang dapat menghaigai betapa pentingfnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum. Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.

Dalam bercinta sesama manusia kita sering sukar untuk menang. Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya. Sebaliknya, apabila kita benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar-benar mencintai. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta sejati. Lebih menanti orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama orang yang sedia ada. Kadang-kala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati dan kadang-kala teman yang menagis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari.

SwIt WorDs

Kita berjumpa kerana takdir
Kita berkawan kerana kasih sayang
Kita bersama kerana hati
Kita terpisah kerana cita-cita
Kita kekal kerana kuatnya ukhwah
Kita bergaduh kerana harga 1 ikatan
Tapi yang paling penting
Semuanya kerana Allah
Bukan mudah untuk berkasih
Bukan mudah untuk kekalkan
Bukan mudah untuk teruskan
Bukan mudah sehingga lahir kerinduan
Harap terus berkekalan selamanya…(‘‘,)

Do all the good that you can
to all people that you can
in all the ways that you can
at all the place that you can
at all the time that you can
at all the time what that you can
as long as ever you can




Jika cinta sudah tiada di hati anda
Tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada anda
Sedangkan cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hambaNya
Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta itu tandanya nilai kemanusiaan anda sudah terhakis
Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh hidup anda.

Cinta telah dibekalkan kepada setiap insan.
Dengan cintalah kehidupan dapat dijalani dengan penuh kenikmatan.
Tanpa cinta semuanya hambar, ibarat kopi tanpa gula dan susu.

DoNt Be Sad...

HIDUP INI BUKAN UNTUK BERSEDIH…

Renungkanlah :

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan akan dating, dan akan menyia-nyiakan kesempatanmu pada hari ini.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qada’, dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak taqdir dan mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan.

Jangan bersedih! Kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit,dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau sepertu gurun pasir yang gersang, dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.

Jangan bersedih! Kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga,dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian dan kesihatan tubuh badan.
Maka ni’mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan.(Ar- Rahman: 13)

Allah s.w.t berfirman: Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan darimu beban. Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai ( dari suatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap.
(Al- Insyirah: 1-8)

GuRLZz...

Buat SahabaT...

Dua sahabat kedua-duanya sama baik, manis, dan ayu. Sentiasa bersama walau ke mana pergi bagaikan isi dengan kuku tidak kira walaupun dalam keadaan suka dan duka, saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Tidak pernah mengungkit dengan apa yang telah diberi sama ada baik atau buruk. Tawanya,guraunya, usiknya bisa membuat semua yang melihatnya tertawan.Sungguh akrab sekali. Saat paling gembira ketika Sahabat telah bertemu cinta, cinta sejatinya. Sahabat yang satu lagi gembira pabila sahabatnya gembira. Lukanya pulih setelah cinta yang dinantikan muncul. Daripada sinar matanya sahabat tahu sahabatnya bahagia.Tapi kini sahabat merasakan sahabatnya semakin menjauh daripadanya, Sahabat yang dulu ke mana hilangnya. Sahabat tidak pernah mempersoalkan tetapi cuba memahami kerana sahabat tahu sahabatnya sedang mengecapi kebahagian. Sababat yang bertemu cinta tidak mengerti..kepercayaanku disalah ertikan, pandangannya diaggap serba tidak kena sahaja, kejujuranya terhadap sahabat tergugat. Dimatanya hanya sahabat yang bersalah. Sahabat yang talah mengecapi kebahagian mencurahkan kasihnya kepada cinta..alangkah pilunya hati sahabat kerana dia hanya bisa memendam perasaan kerana dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu. Biarlah…biarlah…..biarlah….biarkan hati terluka asalkan sahabat dapat melihat kegembiraan sahabatnya.

Firhalinas...5308

_MaNuSiA yAnG BerHaDaPan DeNgAn 6 pErSiMpAnGan_

Abu Bakar r.a, berkata:

“Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu disebelah kirimu, dunia disebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu kea rah maksiat. Narsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu memenuhi supaya memilihnya dari akhirat dan anggota mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud.;:” Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunan-Nya….”
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.
Siapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.
Siapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilang akal dari dirinya.
Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah s.w.t. , maka semua kejahatandan ia memperolehi semua kebaikan.
Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.!!!